Frances McDormand
Frances McDormand

Frances McDormand

Frances Louise McDormand (lahir Cynthia Ann Smith; 23 Jun 1957) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah dua Anugerah Akademi.McDormand mendapat pendidikan di Kolej Bethany, West Virginia dan Universiti Yale. Beliau memulakan beberapa buah filem bersama Coen bersaudara termasuklah Blood Simple (1984), Raising Arizona (1987), Fargo (1996), The Man Who Wasn't There (2001), Burn After Reading (2008), dan Hail, Caesar! (2016). Beliau memenangiPelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi menerusi watak sebagai Marge Gunderson dalam Fargo'. Selain itu, McDormand pernah membintangi filem seperti Mississippi Burning (1988), Almost Famous (2000), dan North Country (2005), yang mana kesemuanya melayakkan beliau tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi. Pada tahun 2017, beliau membintangi sebuah filem drama jenayah, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri, yang melayakkan beliau menerima Oscar keduanya.Selain filem, McDormand pernah muncul pertama kali dalam Broadway pada tahun 1984 revival menerusi drama Awake and Sing!, dan menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Tony menerusi watak sebagai Stella Kowalski dalam A Streetcar Named Desire (1988). Pada tahun 2008, beliau kembali berlakon dalam Broadway menerusi pementasanThe Country Girl. Pada tahun 2011, beliau menenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Tony menerusi pementasan Good People (2011). Menerusi televisyen, McDormand pernah muncul dalam sirimini HBO, Olive Kitteridge (2014), yang melayakkan beliau Anugerah Emmy.